1. Cara pergaulan. BBNU biasanya akan datang dalam satu kumpulan kecil. Senang sangat nak cam sebab diorang ni kalau keluar gi memana akan pakai pakaian yang seragam. Maksudnya, dalam kumpulan 3-5 orang, fashion yang diorang pakai semua sama. Yang lain cumalah saiz dan warna. Kalau sorang pakai baju topshop fit besbol tu semua akan ikut.
2. Cara percakapan. Kalau dah nama pun BBNU, kalau diorang cakap pun mesti mau nak UP juga. Kalau pegi kedai nak beli apa-apa. Diorang tak cakap "Bang boleh bagi saiz XXS". Diorang akan cakap macam ni "Bro bagi aku saiz XXS". Cakap mesti mau up. Kerek tu penting yela bawak member ramaikan.
3. Cara pemakaian. BBNU ni suka trend fashion semasa. Tak kisah la trend K-Pop, J-Pop, Skinhead, Punk dan seangkatan dengannya akan diorang tiru. Yang paling tak boleh blah, kalau setakat tiru pakai ala kadar tak apa, ni nak tunjukkan yang diorang ni Punk atau K-Pop hardcore, sanggup diorang pakai baju kot hitam dengan sarung tangan bagai jalan dekat Bukit Bintang pukul 12 tengahari. Dah macam mamat Bangladesh melancong kat Malaysia. Satu lagi, tak kira BBNU lelaki atau perempuan, pakaian diorang mestilah pakaian yang paling kecil yang ada dipasaran. Kalau badan saiz XXL, diorang tetap akan cari baju saiz M habis besar pun.
No comments:
Post a Comment