Wednesday, 11 March 2020

CARA-CARA MENGENALI BBNU

4. Penggunaan gadjet. Gadjet yang wajib ada bagi BBNU adalah DSLR. Yang ni lawak. DSLR adalah gadjet serba guna bagi BBNU. Kegunaan pertama adalah sebagai perhiasan di leher. Benda alah berat sekilo camtu selamber je gantung kat leher satu hari suntuk. Dah macam tangkal azimat pun ada. Kegunaan kedua adalah sebagai cermin ajaib. Kalau korang perasan, BBNU (selalunya perempuan) akan amik gambar sendiri lepas tu tengok cantik ke tak, baju okey ke tak, rambut warna merah cun ke tak. Kegunaan ketiga adalah sebagai menandakan tahap keotaian. Kalau dalam satu kumpulan BBNU tu, paling ramai pun 2 orang je ada DSLR. So sapa yang ada DSLR ni boleh kira macam abang kawasan la.

5. Tempat BBNU melepak. BBNU ni lepak tempat yang UP je. Tak ada plak aku tengok BBNU lepak dekat Sogo atau Jalan TAR. Tempat utama BBNU adalah Bukit Bintang dan Times Square. Kat sini kalau korang nak tengok BBNU memang banyak. Satu lagi tempat BBNU mengadakan reunion adalah di Gig-gig. Kat sini tugas BBNU adalah sebagai tukang jerit. Memang suka sangat jerit sambil lompat-lompat. Sebab apa diorang ni melekat dekat gig sebab tak cukup umur nak masuk disco atau kelab malam.

6. Perkara BBNU suka buat. Oleh kerana BBNU ni kebanyakan tak cukup umur, diorang ni suka sangat tengok wayang yang 18 PL/SG/SX. Muka budak-budak ada hati nak tengok cerita dewasa. Pernah sekali masa nak masuk tengok Fast Five. Abang TGV menjerit "Siapa yang bawah umur tolong tukar tiket tengok cerita kartoon". Tergelak aku tengok sebilangan besar BBNU terpaksa hampa dan kebanyakannya refund duit tiket. Yang terakhir, BBNU ni akan ikut peredaran dunia semasa. Aku cerita pasal dunia tarian semasa. Kalau dulu breakdance semua BBNU wajib break sana break sini. Lepas abis breakdance pergi pulak ke shuffle. Sanggup pinjam video kamera ayah nak rakam shuffle.

No comments:

Post a Comment